Posts

Showing posts from September, 2022

ZAHID PENTINGKAN DIRI DAN HIPOKRIT, BILA LEPAS BARU NAK PUJI KEHAKIMAN

Image
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bersyukur “kebenaran ditegakkan” hari ini selepas mahkamah membebaskannya daripada semua tuduhan rasuah sistem visa luar negara (VLN). Sebelum ini pelbagai tuduhan politik dibuat seperti tular satu surat yang didakwa dihantar pihak pembelaan kepada hakim bagi mempercepatkan perbicaraan dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Namun begitu , kini terang lagi bersuluh bahawa sistem kehakiman negara kita sememangnya bebas.  Jika sebelum ini Zahid menuduh badan kehakiman tidak adil dalam kes perbicaraan Najib.  Namun begitu , adakah kini secara tiba - tiba badan kehakiman kita pula menjadi adil setelah beliau dibebaskan ?  Zahid Hamidi sememangnya seorang yang pentingkan diri sendiri.  Selama ini setiap gerak politik beliau bukanlah untuk membela Najib tetapi menggunakan penyokong Najib untuk memperkukuhkan kuasa dan pengaruh dirinya dalam parti.  Lebih - lebih lagi , apabila kini beliau dibuktikan tidak bersalah oleh ...

KERANA ZAHID, BN BINASA

Image
  Zahid sudah mula menunjukkan belang sebenar. Belangnya bukan bewarna biru BN atau merah UMNO. Pada masa dan ketika ini, Zahid tidak lagi memikirkan tentang parti. Dia hanya memikirkan tentang Zahid Hamidi. Dia percaya bahawa satu-satunya jalan keluar dari Kajang ialah melalui Putrajaya. Untuk dia dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, BN perlu kembali berkuasa penuh. Bukan lagi kerajaan campuran, kerajaan kompromi atau apa-apa nama kerajaan masa kini. Setelah melihat sendiri nasib yang menimpa Najib Razak, dia mula bercongak-congak. Yang berlaku pada Najib, juga boleh berlaku pada Zahid. Dia sudah tidak boleh tunggu. Semakin lama dia berdiam, semakin hampir dia ke dalam. Maka diseru pula jentera untuk berkempen dalam banjir. Zahid minta Perdana Menteri untuk adakan pilihan raya semasa musim tengkujuh. Ini kerja gila. Ini cari nahas namanya. Rakyat tidak bodoh. Pilihan raya semasa banjir hanya strategi terdesak Zahid untuk menyelamatkan diri. Zahid mahu menghalang rakyat ke kot...

PERSIAPKAN JENTERA UNTUK BENCANA BUKAN PILIHAN RAYA

Image
Beberapa hari lalu, Tuan Presiden mengatakan bahawa PRU-15 boleh sahaja diadakan sewaktu banjir. Jentera akan tetap turun berkempen. Ini satu kenyataan yang benar. Jentera Barisan Nasional tiada tandingnya. Kalau hari ini Parlimen dibubarkan, malam nanti sudah disediakan segala macam sepanduk dan bendera. Bila-bila masa jentera tetap bersedia dan bersetia. Namun kesiapsiagaan jentera tidak bererti kesediaan rakyat. Jentera mungkin boleh meredah banjir membawa rakyat ke tempat membuang undi.  Namun hanya satu perkara di minda rakyat ketika itu. Keselamatan. Mereka tidak memikirkan tentang dacing, roket atau bulan. Mereka terlalu sibuk mengenangkan nasib keluarga dan rumah yang mula ditenggelami air. Sekiranya PRU-15 diadakan sewaktu banjir, yang bakal tenggelam bukan sahaja kediaman dan kenderaan rakyat, Barisan Nasional turut akan sama kelemasan. Tahun lalu, kita ditohmah dengan tuduhan #KerajaanPembunuh dan #KerajaanGagal. Adakah kita mahu dilemparkan tuduhan yang sama kali ini? A...

KEPADA PRESIDEN UMNO; REDAHLAH BANJIR SELAMATKAN RAKYAT DAHULU

Image
Kenyataan dangkal Presiden UMNO mendesak PRU15 diadakan sekalipun ketika banjir amatlah memeranjatkan dan mendukacitakan. Ramai rakyat masih trauma dengan impak bencana banjir besar yang melanda tahun lalu. Bukan sahaja harta benda yang masih belum sempurna malahan jiwa dan mental pasca bencana terutama bagi mereka yang kehilangan orang tersayang akibat banjir pun masih membekas.  Dengan taburan hujan yang 'lain macam' sejak akhir-akhir ini, bencana banjir yang diramal akan melanda hujung tahun ini memerlukan kesiapsiagaan jentera Kerajaan untuk menghadapinya.  Bukannya jentera parti pula yang dikerah untuk berkempen sedangkan para pengundi gusar memikirkan impak banjir yang bakal melanda.  Antara prinsip Maqasid Syariah dalam tadbir urus adalah penekanan kepada keperluan memelihara nyawa dari bahaya dan memelihara harta benda dari kerosakan. Maka, mendedahkan rakyat kepada bencana dengan mengadakan PRU15 ketika bencana ternyata bercanggah dengan kewajipan mendahulukan Ma...

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

Image
  Perubahan iklim ekoran fenomena La Nina dan luruan Monsun Timur Laut pada November depan kemungkinan akan mengakibatkan Malaysia berdepan dengan cuaca ekstrem termasuk banjir besar yang mengancam keselamatan penduduk di lima buah negeri.  Banjir besar diramal melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Selangor sekiranya ­angin yang terhasil susulan fenomena dan luruan tersebut lebih kencang daripada cuaca buruk yang mengakibatkan bencana teruk pada 1972 dan 2021.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi. Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka ...

KJ DIHALAU DARI REMBAU BUKTI KEANGKUHAN KUASA TOK MAT

Image
  Percaturan politik Tok Mat cukup licik. Pada bila-bila masa sahaja, beliau boleh berubah pendirian dan prinsip, asalkan kepentingan peribadinya terjaga.   Selepas UMNO dimalukan pada tahun 2018, Tok Mat merupakan figura yang terkehadapan dalam melaungkan slogan perubahan. Kononnya UMNO perlu dijauhkan daripada warlords . Beliau sendiri menyatakan sokongan terhadap pencalonan Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai Presiden UMNO.   Waktu itu, duo tersebut mahu mengubah UMNO. KJ nombor satu, Tok Mat nombor dua.   Akhirnya jawatan Presiden UMNO dihuni oleh Zahid Hamidi. Namun dendam Tok Mat belum berakhir. Seperti yang didedahkan Tajuddin Rahman sebelum ini, Tok Mat dan beberapa pemimpin kanan UMNO pernah membuat perancangan untuk menggulingkan Zahid Hamidi namun gagal.   Pendek kata, Tok Mat pernah mengkritik Zahid, menyokong lawan Zahid dan mencuba untuk melancarkan kudeta ke atas Zahid. Hari ini, secara tiba-tiba Tok Mat bersahabat baik pu...

PERSIAPAN KERAJAAN SEHARUSNYA KEPADA BANJIR HUJUNG TAHUN, BUKAN PRU-15

Image
1. Banjir ialah satu bencana yang boleh diramal. Amat tidak bertanggunjawab sekiranya ramalan yang benar belaka ini diabaikan tanpa persiapan. 2. Menjadi kebimbangan rakyat sekiranya bencana yang pasti hadir lagi ini berulang menjadi trauma berepisod seperti banjir besar Disember 2021 lalu. 3. Lebih menakutkan,  keutamaan diskusi parti politik ketika ini terlihat lebih sensitif kepada pembubaran parlimen dan PRU-15. Ia memberi maksud yang sering dikitar semula - 'pemimpin hanya fikir tentang kuasa, bukan kepentingan rakyat'. 4. Siapakah yang paling terlihat gelojoh bersiap dan terburu-buru menggesa PRU-15? Watak-watak bengis politik dan pekak nada sebegini ada dalam mana-mana parti. Tetapi yang paling menakutkan bila mereka berada di dalam parti komponen kerajaan, yang sepatutnya lebih matang mempamerkan kewarasan pentadbiran berbanding komponen pembangkang. 5. Sudahlah terlihat kosong tanpa empati kepada kesiapsiagaan bencana, lebih teruk lagi di dalam parti sendiri berperang ...

TOK MAT MEMANG TAMAK, KJ ASET UMNO UNTUK TARIK PENGUNDI MUDA #UNDI18

Image
Berikutan diminta oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau, Mohamad Hasan untuk memberi laluan kepadanya bertanding di Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ mengumumkan beliau mungkin tidak bertanding dalam PRU15 akan datang nanti. “Oleh kerana beliau (Mohamad atau Tok Mat) adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya timbalannya, jadi beliau telah minta saya cari tempat lain sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau.  “Saya tidak ada halangan,” kata KJ menjawab pendiriannya berhubung permintaan Tok Mat itu. Meskipun diminta oleh Tok Mat untuk mencari kawasan lain, tetapi menurut Menteri Kesihatan itu, beliau tidak terfikir untuk berbuat demikian kerana telah berpolitik di Rembau sejak lebih 20 tahun lalu dan menjadi Ahli Parlimen pula selama 15 tahun. “Senario terburuk ialah saya tidak bertanding,” tambah menantu Tun Abdullah Badawi itu lagi. Semalam Tok Mat mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau dalam PRU15 akan datang, selain tu...

BUNG MOKTAR BAKAL DIBERSIHKAN KERANA ISU HANYA MELIBATKAN FEE AGENT UNIT TRUST

Image
Mahkamah baru sahaja mengarahkan Bung Moktar serta isterinya untuk membela diri mereka setelah pendakwa raya berjaya mewujudkan prima facie dalam kes mereka ini. Sebelum ini Bung tidak mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan memperoleh suapan sebanyak RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi sertai produk unit amanah Public Mutual Berhad. Pun begitu, wujud suara suara mengatakan dan cuba menyamakan kes Bung dengan kes Rosmah dan Najib. Saya tidak lah kata Bung tidak bersalah. Tapi pada hemat saya, saya yakin Bung akan dibersihkan kerana isunya hanya melibatkan fee agent unit trust sahaja dan saya berani cakap kes Bung ini tidak seserius kes Rosmah dan Najib, malah jauh bezanya. Kenapa saya berani cakap sedemikian? 1. Kes suapan Bung ini hanya melibatkan fee agent unit trust dan jumlah yang besar adalah strategi pemasaran dalam memasarkan produk unit amanah. 2. Malah saksi sendiri tidak menyebut apa-apa pemberian suapan kepada anak guamnya, sebab unt...