Posts

Showing posts from November, 2022

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN

Image
1. Zahid dan Tok Mat menipu akar umbi bahawa boleh menang secara bersendirian dan boleh bubarkan parlimen walaupun musim banjir.  2. Pengundi atas pagar dan muda BN beralih kepada Perikatan Nasional disebabkan imej gandingan Zahid dan Tok Mat yang terlalu angkuh , sombong dan bongkak.  3. Barisan Nasional kalah hampir keseluruhan negeri Perlis disebabkan Zahid Hamidi bersifat dendam untuk gugurkan Shahiddam Kassim yang merupakan calon WALI di negeri tersebut.  4. Zahid gagal menjalankan tugas sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO dan Tok Mat pula gagal menguruskan parti kita ke arah kemenangan sebagai pengarah pilihan raya.  5. Sebelum ini Tok Mat pernah berjanji bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO sekirannya UMNO kalah dalam pilihan raya kali ini.  6. Kesemua calon WALI yang boleh menang dan dahulunya kawasan putih BN pula kini sudah bertukar hitam.  7. Keangkuhan dan kesombongan untuk tidak mahu bekerjasama dengan PAS wal...

KEGAGALAN BN DAPAT 112 KERUSI, ZAHID HAMIDI & TOK MAT WAJIB LETAK JAWATAN

Image
Sah! BN GAGAL mendapat majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan.  Salah siapa? Sah! SALAH PENGERUSI! SALAH PENGARAH PILIHAN RAYA! Zahid Hamidi yang gelojoh dan rakus minta PRU diawalkan. Tak sabar-sabar, kononnya, yakin menang setelah dihasut Tok Mat. Kesudahannya, KECEWA!  Zahid Hamidi yang emosi dan tak rasional, mencantas dan menggugurkan calon-calon WALI. Yang diletaknya, calon-calon "taat Zahid" semata-mata. Akibatnya, sabotaj dan protes. Kesudahannya, KECUNDANG!  Tok Mat pula rampas kerusi Rembau dan kini BN bakal kehilangan seorang pemimpin muda berwibawa iaitu KJ di Parlimen. Zahid Hamidi yang merapu melalut dalam berkempen. Asal buka mulut, jadi bahan makian rakyat dan kempen lawan. Sampai cerita, Zahid buat komplot dengan Anwar sendiri-sendiri pun Tok Mat dan MKT tak tahu, bikin marah akar umbi UMNO. Kesudahannya, TEWAS!  Yang sebenarnya, punca segala punca adalah kedegilan mereka berdua.  Zahid ini terpalit dengan kes rasuah berpuluh. 'Penya...

TOK MAT AKAN JADI SASARAN SETERUSNYA

Image
1. Selepas Najib disabitkan bersalah dan dipenjarakan maka Tok Mat kini merupakan satu - satu individu yang boleh mengancam kuasa dan pengaruh Zahid Hamidi dalam UMNO.  2. Hampir kesemua Warlord UMNO yang memiliki pengaruh di negeri masing - masing kesemuanya sudah dicantas. Shahidam Kassim di Perlis , Noh Omar di Selangor dan Annuar Musa di Kelantan.  3. Negeri Sembilan merupakan antara satu negeri yang diluar penguasaan Zahid Hamidi. Hal ini disebabkan , 100% akar umbi dan ketua bahagian di Negeri Sembilan berkiblatkan Tok Mat.  4. Lebih - lebih lagi , dendam lama yang sudah lama tersimpan dalam hati apabila suatu ketika dahulu beliau terpaksa berehat seketika daripada menjadi Presiden UMNO disebabkan oleh gerakan "UNDUR ZAHID" yang diketuai oleh Tok Mat.  5. Seorang demi seorang yang pernah menguris hati Zahid kini sudah pun dijatuhkan dan siapa lagi kali Tok Mat bukan sasaran yang seterusnya?  6. Dari segi populariti dalam parti dan hieraki maka Tok Mat adal...

PENGUMUMAN CALON BN PENUH DENGAN KACAU BILAU BUKTI KEPIMPINAN WTC HARUS DIPERTIKAIKAN

Image
1. Banyak lagi kerusi yang belum lagi diumumkan. Antaranya adalah kerusi parlimen Tanjong Karang , Kuala Pilah , Jempol dan Kepong. Status Quo Ketua Perhubungan Negeri Selangor iaitu Noh Omar jadi calon atau tidak masih lagi belum diketahui.  2. Senarai yang diumumkan dan digugurkan pula lebih berbentuk politik sifat dendam peribadi seorang individu yang berkuasa melebihi kepentingan parti BN untuk menang dalam sesuatu kawasan.  3. Rakan komponen BN iaitu MIC boikot pengumuman hari ini yang merupakan pertama kali dalam sejarah Barisan Nasional.  4. WTC gagal berunding dan mencapai sepakat dengan pelbagai pihak untuk masuk dalam pilihan raya sebagai satu pasukan dan bukannya kini dalam keadaan berpecah - belah bukan sahaja dalam kalangan UMNO tetapi juga dengan komponen parti BN yang lain.  5. 4 Menteri dan 3 Timbalan Menteri digugurkan dalam pencalonan kali ini walaupun mereka adalah calon - calon yang sudah terbukti sudah menang pada tsunami politik PRU 14.  6....

KALAU BETUL NAK SELAMATKAN PARTI, PRESIDEN UNDUR DIRI!

Image
1. KECEWA! Ini luahan akar umbi apabila melihat senarai calon Barisan Nasional yang diumumkan malam tadi. 2. Rasa kecewa ini tidak sukar untuk difahami, malah tak perlu untuk menjadi ahli UMNO pun untuk merasakan diri terkena "scam" seorang Presiden. 3. Sebelum pengumuman, Presiden bukan main lagi mencanangkan konsep WALI sebagai kriteri pemilihan calon BN. Mestilah Winnable, Acceptable dan Likeable.  4. Tapi dari konsep calon WALI, apa yang Presiden buat ini sebenarnya lebih kepada untuk realisasikan WALIMATULURUS beliau dengan tok gurunya, Anwar Ibrahim nanti. 5. Tokoh-tokoh besar seperti Anuar Musa, Shahidan Kassim, Tajuddin Rahman yang cukup kuat di Bahagian masing-masing, telah digugurkan dengan jayanya (sebab tak sebulu dengan Presiden). 6. Malah, ada tempat yang diletakkan calon parachute, mengenepikan calon tempatan tanpa persetujuan, lebih memburukkan keadaan. Gerik, Tenggara, Arau, Pasir Salak sudah mula bising dan lancarkan boikot. 7. Calon kesukaan rakyat seperti ...