ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

 


Perubahan iklim ekoran fenomena La Nina dan luruan Monsun Timur Laut pada November depan kemungkinan akan mengakibatkan Malaysia berdepan dengan cuaca ekstrem termasuk banjir besar yang mengancam keselamatan penduduk di lima buah negeri. 


Banjir besar diramal melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Selangor sekiranya ­angin yang terhasil susulan fenomena dan luruan tersebut lebih kencang daripada cuaca buruk yang mengakibatkan bencana teruk pada 1972 dan 2021. 


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.


Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.


Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.


Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada awal November, kemungkinan banjir besar berlaku.


Namun begitu, jika pilihan raya dilaksanakan pada Disember, cuaca yang berlaku dijangka memberi impak yang lebih signifikan kerana angin Monsun Timur Laut adalah aktif pada tempoh itu, di mana risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar adalah tinggi.


Oleh sebab itu , tahun ini bukan waktu yang sesuai yang sebarang pilihan raya. 


Sekirannya BN tetap berdegil nanti rakyat akan marah kerana masa ini adalah waktu yang sepatutnya digunakan untuk persiapan banjir dan bukannya PRU. 


Tidak logik akal sekirannya seluruh rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan masalah dan krisis banjir yang yang dijangka akan lebih teruk berbanding tahun 1972 dan 2021 dan PRU pula hendak diadakan. 


Kemenangan BN pada PRK dan PRN sebelum ini adalah waktu ketika tiada banjir. 


Mengapa BN perlu tergesa - gesa untuk mengadakan PRU sedangkan kini bukannya waktu dan masa yang sesuai? 


Apa bezanya tahun ini dengan tahun hadapan apabila hanya tinggal beberapa bulan lagi sudah pun tahun 2023. 


Jangan tergesa - gesa sehingga nanti dihukum oleh Rakyat !

Comments

Popular posts from this blog

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN