Posts

Showing posts from June, 2022

TANGGUNGAN HUTANG BERBILION 1MDB PUNCA KERAJAAN TERPAKSA PERKENAL GST.

Image
Saya rasa saya tak perlu nak perkenalkan apa itu 1MDB dan apa impak 1MDB ini kepada Malaysia. Mudahnya 1MDB ini bawa bala lah kepada kita. Dengan tidak berjayanya, tiada hasilnya, dan lebih teruk bawa hutang kepada negara kita. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul, jumlah principal dan faedah hutang 1MDB adalah sebanyak RM 38.8 billion untuk dilangsaikan sebelum 2039.  Kerajaan dah melunaskan pembayaran sebanyak RM 13.1 billion dan masih berbaki sebanyak RM 23.04 billion. Pun begitu, dana akaun amanah hanya mempunyai sebanyak RM 15.76 billion sahaja, kita masih kekurangan sebanyak RM 7.28 billion.  Dana awam juga pernah dan akan digunakan untuk melangsaikan hutang 1MDB samada dari segi bantuan langsung atau melalui pemulihan aset. Kerajaan juga sebenarnya sudah meyalurkan hampir RM 10 billion dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan melalui kementerian atau syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. Kalau anda nak tahu sebanyak mana RM 10 billion itu. Satu ho...