BUNG MOKTAR BAKAL DIBERSIHKAN KERANA ISU HANYA MELIBATKAN FEE AGENT UNIT TRUST
Mahkamah baru sahaja mengarahkan Bung Moktar serta isterinya untuk membela diri mereka setelah pendakwa raya berjaya mewujudkan prima facie dalam kes mereka ini.
Sebelum ini Bung tidak mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan memperoleh suapan sebanyak RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi sertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Pun begitu, wujud suara suara mengatakan dan cuba menyamakan kes Bung dengan kes Rosmah dan Najib.
Saya tidak lah kata Bung tidak bersalah. Tapi pada hemat saya, saya yakin Bung akan dibersihkan kerana isunya hanya melibatkan fee agent unit trust sahaja dan saya berani cakap kes Bung ini tidak seserius kes Rosmah dan Najib, malah jauh bezanya.
Kenapa saya berani cakap sedemikian?
1. Kes suapan Bung ini hanya melibatkan fee agent unit trust dan jumlah yang besar adalah strategi pemasaran dalam memasarkan produk unit amanah.
2. Malah saksi sendiri tidak menyebut apa-apa pemberian suapan kepada anak guamnya, sebab untuk kekalkan pertuduhan, wajib pendakwa raya untuk membuktikan suapan sudah dibayar, diterima dan diperoleh.
Selaku orang yang sangat mengikut rapat perkembangan Sabah, Bung antara “key player” dalam memajukan Sabah. Dia bukan lah orang yang mengsonglap duit beratus juta projek solar yang akan memberi kesan kepada sekolah luar bandar. Bung bukan orang yang menyebabkan negara terpaksa hutang berbilion ringgit. Jangan disamakan Bung dengan Najib dan Rosmah. Tidak sesekali!

Comments
Post a Comment