PERSIAPKAN JENTERA UNTUK BENCANA BUKAN PILIHAN RAYA
Beberapa hari lalu, Tuan Presiden mengatakan bahawa PRU-15 boleh sahaja diadakan sewaktu banjir. Jentera akan tetap turun berkempen.
Ini satu kenyataan yang benar.
Jentera Barisan Nasional tiada tandingnya. Kalau hari ini Parlimen dibubarkan, malam nanti sudah disediakan segala macam sepanduk dan bendera.
Bila-bila masa jentera tetap bersedia dan bersetia.
Namun kesiapsiagaan jentera tidak bererti kesediaan rakyat.
Jentera mungkin boleh meredah banjir membawa rakyat ke tempat membuang undi.
Namun hanya satu perkara di minda rakyat ketika itu.
Keselamatan.
Mereka tidak memikirkan tentang dacing, roket atau bulan. Mereka terlalu sibuk mengenangkan nasib keluarga dan rumah yang mula ditenggelami air.
Sekiranya PRU-15 diadakan sewaktu banjir, yang bakal tenggelam bukan sahaja kediaman dan kenderaan rakyat, Barisan Nasional turut akan sama kelemasan.
Tahun lalu, kita ditohmah dengan tuduhan #KerajaanPembunuh dan #KerajaanGagal.
Adakah kita mahu dilemparkan tuduhan yang sama kali ini? Adakah kita tidak belajar dari kelemahan lampau?
Hari ini, esok atau tahun hadapan, jentera akan tetap bersedia.
Respon jentera sewaktu banjir bakal menjadi kad laporan rakyat untuk mengundi kelak.
Justeru itu, persiapkan jentera kita.
Membela nyawa dan harta benda merupakan prinsip asas maqasid syariah.
Tunjukkan kepada mereka bahawa kita sentiasa sedia berkhidmat.
Sewaktu senang, BN ada.
Sewaktu bencana, BN ada.
Selamanya, BN tetap ada.
Demi agama, bangsa dan negara, HIDUP BN!

Comments
Post a Comment