Ahli Dan Perwakilan UMNO :Penolakan rakyat terhadap Najib Razak penyebab kekalahan PRU14
Kajian Merdeka Center yang dilakukan di kalangan perwakilan dan ahli biasa UMNO mendapati 40% daripada mereka meletakkan faktor penolakan terhadap mantan presiden Najib Razak sebagai punca utama kekalahan parti itu di dalam pilihanraya umum Mei 2018. Ini diikuti faktor isu GST (22%) dan 1MDB (14%). Selain itu, 83% daripada responden percaya bahawa UMNO menghadapi masalah yang perludiatasi segera. Mereka melihat perlunya para perwakilan memilih pemimpin yang boleh mendapat kepercayaan rakyat serta mempunyai wawasan untuk memperkukuhkan semula parti UMNO. Najib Razak sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah Malaysia adalah bersandarkan 'kerosakan' yang dilakukan pemimpin terbabit dalam menerajui kerajaan. Najib juga menjadi individu yang telah menghancurkan parti UMNO selain menjadi penyebab utama dalam kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14). Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dikatakan menyebabkan imej UMNO dan BN terjejas teru...