PERSIAPAN KERAJAAN SEHARUSNYA KEPADA BANJIR HUJUNG TAHUN, BUKAN PRU-15



1. Banjir ialah satu bencana yang boleh diramal. Amat tidak bertanggunjawab sekiranya ramalan yang benar belaka ini diabaikan tanpa persiapan.


2. Menjadi kebimbangan rakyat sekiranya bencana yang pasti hadir lagi ini berulang menjadi trauma berepisod seperti banjir besar Disember 2021 lalu.


3. Lebih menakutkan,  keutamaan diskusi parti politik ketika ini terlihat lebih sensitif kepada pembubaran parlimen dan PRU-15. Ia memberi maksud yang sering dikitar semula - 'pemimpin hanya fikir tentang kuasa, bukan kepentingan rakyat'.


4. Siapakah yang paling terlihat gelojoh bersiap dan terburu-buru menggesa PRU-15? Watak-watak bengis politik dan pekak nada sebegini ada dalam mana-mana parti. Tetapi yang paling menakutkan bila mereka berada di dalam parti komponen kerajaan, yang sepatutnya lebih matang mempamerkan kewarasan pentadbiran berbanding komponen pembangkang.


5. Sudahlah terlihat kosong tanpa empati kepada kesiapsiagaan bencana, lebih teruk lagi di dalam parti sendiri berperang sehingga menjatuhkan kredibiliti sesama sendiri disebabkan terlalu yakin akan menang PRU-15 dengan propaganda  'kerajaan yang lebih stabil'.


6. Kalau tragedi banjir yang boleh dikurangkan impak pun boleh buat-buat tutup mata, bukan setakat kerajaan stabil, mahu jadi semula kerajaan pun akan jadi mimpi sahaja. 


7. Masih segar lagi dalam ingatan saya betapa kuat rasa benci dan sakit hati kepada semua pemimpin yang saya kenal ketika kali pertama seumur hidup isi rumah saya terjejas akibat banjir tahun lalu.


8. Kalaulah sengaja lagi diketepikan bencana tahunan ini semata-mata demi acara berebut kuasa, benci dan sakit hati itu pastilah makin keras, dan dizahirkan menjadi tindakan. 


9. Adakah tindakan itu anda fikir akan menjadi hadiah istimewa undi khas untuk jasa 'mereka' dalam PRU-15 akan datang?

Comments

Popular posts from this blog

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN