KERANA ZAHID, BN BINASA

 


Zahid sudah mula menunjukkan belang sebenar.


Belangnya bukan bewarna biru BN atau merah UMNO. Pada masa dan ketika ini, Zahid tidak lagi memikirkan tentang parti.


Dia hanya memikirkan tentang Zahid Hamidi.


Dia percaya bahawa satu-satunya jalan keluar dari Kajang ialah melalui Putrajaya.


Untuk dia dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, BN perlu kembali berkuasa penuh.


Bukan lagi kerajaan campuran, kerajaan kompromi atau apa-apa nama kerajaan masa kini.


Setelah melihat sendiri nasib yang menimpa Najib Razak, dia mula bercongak-congak.


Yang berlaku pada Najib, juga boleh berlaku pada Zahid.


Dia sudah tidak boleh tunggu. Semakin lama dia berdiam, semakin hampir dia ke dalam.


Maka diseru pula jentera untuk berkempen dalam banjir. Zahid minta Perdana Menteri untuk adakan pilihan raya semasa musim tengkujuh.


Ini kerja gila. Ini cari nahas namanya.


Rakyat tidak bodoh. Pilihan raya semasa banjir hanya strategi terdesak Zahid untuk menyelamatkan diri.


Zahid mahu menghalang rakyat ke kotak undi. 


Peratusan undi rendah, BN bakal menang. Itu hipotesis yang sudah terbukti.


Namun senjata ini bakal makan tuan. Strategi Zahid ini hanya akan mengundang amarah rakyat.


Sebaik mereka beratur di pusat pembuangan undi selepas meninggalkan rumah yang ditenggelami air, keputusan mereka sudah muktamad.


Ini salah Zahid.


BN yang bakal menjadi mangsa.


Pengundi tradisi BN akan terus memangkah dacing. Itu pasti.


Namun untuk memastikan kemenangan dalam PRU-15, BN memerlukan lebih daripada sekadar undi penyokong tradisi. BN memerlukan sokongan pengundi atas pagar.


Percayalah, sebaik Zahid mengumumkan kesediannya untuk berebut kuasa semasa banjir, saat itu pengundi atas pagar terjun ke seberang menjauhi BN.


Sebelum ini BN sudahpun hampir kehilangan mereka selepas Taklimat Khas Presiden yang bertukar pesta menghina mahkamah.


Pengumuman Zahid tempoh hari untuk mengadakan pilihan raya semasa banjir merupakan paku akhir pada keranda BN dalam PRU-15.


Zahid akan memastikan, sekiranya dia tidak selamat, BN akan diheret bersama ke lembah binasa.


Zahid fikir dia sudah cukup bijak merancang. Namun jangan sesekali dicabar kuasa rakyat.


Silap haribulan, bukan sahaja kes mahkamahnya tidak selesai, malah lebih teruk dia dihukum.


Sampai bila BN mahu merelakan diri menjadi perisai besi Zahid Hamidi dari kandang tertuduh?


Semoga pemimpin-pemimpin sejati Barisan Nasional bangkit menyelamatkan parti dari kerakusan Zahid Hamidi sebelum terlewat.

Comments

Popular posts from this blog

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN