Posts

Showing posts from October, 2022

Satira HenTAMBUN _ _ _

Image
Anwar Ibrahim sosok penting dalam sejarah politik negara, telah sah akan bertanding di Tambun. Parlimen Tambun ini mempunyai sejarah tersendiri. Sebelum ini, ia merupakan kerusi selamat bagi UMNO dibawah Dato Sri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Ke-2.  Taburan pengundi di Tambun berpecah secara sekata. 40 peratus Melayu, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan selebihnya lain-lain. Parlimen Tambun ini ditelan gelombang dan arus 1MDB dalam PRU ke-14 lalu. Peja diangkat menjadi ‘giant killer’ menumbangkan Husni Hanazlah. Anwar Raja Politik Nomad, dari satu tempat ke satu tempat. Bermula Permatang Pauh ke Port Dickson dan kini di Tambun. Anwar tidak akan membuat keputusan sembrono jika ada kaum Ansar di Tambun menyambutnya. Beliau tidak akan terjun melulu sebelum mengetahui bagaimana kocakan airnya.  Walau dikritik berubah-ubah tempat, tetapi Anwar sentiasa menang hingga mendapat tempat. Pun begitu, ia tetap bergantung kepada isu nasional, lokal dan siapa calon lawannya. Sudah past...

KALAU BENAR BAGAI DIKHABAR.. ZAHID HAMIDI BERJIWA BESAR

Image
1. Sudah kecoh di media sosial dan laporan media arus perdana dengan khabar Presiden UMNO tidak akan bertanding untuk kerusi Bagan Datuk. 2. Khabarnya kerusi itu akan digantikan dengan orang kanannya atau anak perempuan beliau sendiri Nurul Hidayah. 3. Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO-UMNO Bahagian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) ditakdirkan menang. 4. Bermaksud, komponen lawan BN juga akan kehabisan modal propaganda bahawa Zahid Hamidi rakus mahu jadi Perdana Menteri. 5. Ini juga memberi tanda kepada rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional konsisten dan tidak memungkiri janji yang diulang sejak April lalu berkenaan calon Perdana Menteri. 6. Sekiranya berita ini benar, walaupun memiliki kuasa Presiden Parti yang kebiasaannya menjadi calon Perdana Menteri, ternyata Zahid Hamidi memang berjiwa besar untuk beri laluan kepada Naib Presiden untuk mengisi jawatan tersebut. 7. Mungkin ini jug...

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

Image
1) Pembunuhan kanak kanak, orang tua serta wanita yang tidak berdosa di Palestin telah menjadi rutin harian bagi askar rejim zionis Israel. Bagi mereka, pembunuhan bayi yang masih di dalam kandungan ibunya dengan melepaskan dua das tembakan kepada perut si ibu membuatkan mereka adalah sebuah negara yang sah dan sepatutnya menggantikan Palestin. Diari hidup rakyat Palestin ini membuatkan kita negara Malaysia menolak sekeras kerasnya kewujudan sebuah negara yang terkenal dengan sifat angkuh dan bongkak iaitu Israel. 2) Perkara ini terbukti melalui ucapan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 24 September yang lepas. Dengan jelas Dato’ Sri Ismail Sabri menyatakan bahawa krisis di bumi palestin perlu diselesaikan dengan segera di mana kuasa kuasa besar perlu bersikap jujur dalam menyelesaikan isu kekejaman yang dihadapi rakyat Palestin. Pendirian tegas seharusnya diambil oleh PBB dan “Israel perlu ber...

MUAFAKAT NASIONAL: FORMULA TERBAIK BERDEPAN PRU15

Image
Kerjasama politik dua parti politik Melayu Islam terbesar di negara ini iaitu UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) adalah formula terbaik mendepani PRU 15. Muafakat Nasional adalah lambang kekuatan politik Melayu. Bukan sekadar tanggapan, malah gabungan ini pernah menggegarkan politik negara sebelum ini. Muafakat Nasional menjadikan orang Melayu Islam lebih mudah bersatu dibawah gabungan yang komited memperjuang masa depan bangsa dan agama. Inilah masanya kerjasama UMNO dan PAS meraih kembali keyakinan rakyat. Inilah masanya gabungan Muafakat Nasional ini menjadi penawar kepada kerancuan politik tidak matang pembangkang. Jangan sibuk UMNO dan PAS menjaga parti sendiri dan terus melupakan Muafakat Nasional yang telah terbukti menjadi pemangkin kekuatan kerjasama politik antara keduanya. Hakikatnya, pertembungan UMNO dan PAS hanyalah akan menguntungkan pihak lawan kerana undi orang Melayu akan berpecah dua. Pasti ada yang melompat bertepuk tangan bila melihat pertembungan ini terj...

PRESIDEN UMNO PERLU BERJIWA BESAR & MENCARI TITIK PERSAMAAN

Image
  Jika sebelum ini Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi dapat memaafkan Lokman Adam maka tiada sebab Tajuddin Abdul Rahman dan Mohd Yusof Ismail tidak dapat dimaafkan.  Lebih - lebih lagi kedua - dua tokoh UMNO ini adalah Ketua Bahagian Pasir Salak dan Alor Setar. UMNO tidak akan sesekali mampu berhadapan dengan PRU apabila Ketua Bahagian dipecat.  Ini merupakan satu jenis tamparan yang akan menjejaskan semangat jentera di bahagian tersebut.  Martabat dan institusi Ketua Bahagian perlu dijaga dan terus dipertahankan. Kita tidak mahu hanya kerana 2 Ketua Bahagian disingkirkan maka masalah ini akan merebak kepada bahagian - bahagian lain.  Jika seorang Cybertroopers boleh berjaya memohon kembali menjadi ahli maka tidak logik akal sekirannya Ketua Bahagian tidak boleh.  Kita tidak boleh berperang dalam keadaan dimana kita sedang berpecah sesama kita sendiri.  Dalam pada itu , sejarah politik tanah air sudah berkali - kali membuktikkan setiap kali ada pemecata...

ZAHID HAMIDI UMPAMA NAKHODA MABUK LAUT

Image
Dalam sebuah pelayaran, perkara yang amat ditakuti oleh anak kapal adalah apabila Sang Nakhoda mula mabuk laut. Nakhoda akan termuntah-muntah, mukanya hijau dan mula melihat semua perkara sebagai ancaman. Ketika inilah biasanya anak kapal terpaksa membuat keputusan; untuk taat atau mula rencana mengubah Sang Nakhoda agar kapal tak karam dan daratan dapat sampai. UMNO kelihatannya seperti keadaan di atas apabila Nakhoda utamanya umpama sudah mabuk dilambung pelbagai ujian dan cabaran. Cabaran mahkamah yang masih tergantung di atas kepala dan ketakutan tidak wajar dengan bayang-bayang sendiri. Paling menakutkan tentang seorang Nakhoda mabuk ialah dia tidak mampu lagi mengenal kawan atau ancaman. Semua disekeliling dirasakan sebagai elemen bahaya. Tidak hairan apabila banyak anak kapal dihukum terjun ke dalam laut dalam hanya kerana Nakhoda kapal sedang mabuk laut. Ada beberapa perkara yang menyumbang kepada kemabukan Presiden UMNO ini. Pertama sekali ialah kerana dia sendiri sedar bahawa...