ZAHID PENTINGKAN DIRI DAN HIPOKRIT, BILA LEPAS BARU NAK PUJI KEHAKIMAN



Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bersyukur “kebenaran ditegakkan” hari ini selepas mahkamah membebaskannya daripada semua tuduhan rasuah sistem visa luar negara (VLN).


Sebelum ini pelbagai tuduhan politik dibuat seperti tular satu surat yang didakwa dihantar pihak pembelaan kepada hakim bagi mempercepatkan perbicaraan dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Namun begitu , kini terang lagi bersuluh bahawa sistem kehakiman negara kita sememangnya bebas. 


Jika sebelum ini Zahid menuduh badan kehakiman tidak adil dalam kes perbicaraan Najib. 


Namun begitu , adakah kini secara tiba - tiba badan kehakiman kita pula menjadi adil setelah beliau dibebaskan ? 


Zahid Hamidi sememangnya seorang yang pentingkan diri sendiri. 


Selama ini setiap gerak politik beliau bukanlah untuk membela Najib tetapi menggunakan penyokong Najib untuk memperkukuhkan kuasa dan pengaruh dirinya dalam parti. 


Lebih - lebih lagi , apabila kini beliau dibuktikan tidak bersalah oleh mahkamah maka Zahid sudah tidak lagi mempertikaikan badan kehakiman negara. 


Perjuangan untuk Najib selama ini hanya lakonan semata - mata. 


Kesemua ini bukti ZAHID yang dianggap ZUHUD, hakikatnya merupakan seseorang yang pentingkan diri sendiri. 


Persoalannya , mengapa kini apabila dibebaskan baharu hendak puji badan kehakiman negara? 


Kalian sepatutnya tepuklah dada dan tanyalah selera.

Comments

Popular posts from this blog

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN