NAJIB PAHLAWAN CINA
1. Ramai yang tidak tahu bahawa larinya pengundi Melayu daripada UMNO pada PRU14 yang lalu adalah kerana pengundi Melayu melihat Najib sangat berat sebelah melebihkan bangsa Cina sepanjang pentadbiran beliau selaku Perdana Menteri. 2. Kita semua masih ingat lagi bagaimana Najib berpesan-pesan sebelum PRU14 supaya pengundi tidak memilih Pakatan Harapan kerana risaukan hubungan Malaysia dengan Tanah Besar China akan terjejas. Pesanan Najib ini sudah tentu pelik dan menghairankan. Di saat UMNO / BN berdepan dengan cabaran besar dan kemarahan rakyat, Najib memilih untuk menjaga persahabatan dengan China. Rupa-rupanya pesan Najib tersebut telah lama disusuli dengan tindakan menjual aset Malaysia kepada China. Edra Energy dan Bandar Malaysia semuanya diserahkan kepada kontraktor daripada China. Proton dijual kepada Geely, ECRL dan juga projek HSR turut diserahkan kepada syarikat China. Syarikat orang Melayu tak ada langsung. 3. Perangai mengampu Tanah Besar China oleh Najib ini juga me...