PRESIDEN UMNO PERLU BERJIWA BESAR & MENCARI TITIK PERSAMAAN
Jika sebelum ini Presiden UMNO iaitu Zahid Hamidi dapat memaafkan Lokman Adam maka tiada sebab Tajuddin Abdul Rahman dan Mohd Yusof Ismail tidak dapat dimaafkan.
Lebih - lebih lagi kedua - dua tokoh UMNO ini adalah Ketua Bahagian Pasir Salak dan Alor Setar. UMNO tidak akan sesekali mampu berhadapan dengan PRU apabila Ketua Bahagian dipecat.
Ini merupakan satu jenis tamparan yang akan menjejaskan semangat jentera di bahagian tersebut.
Martabat dan institusi Ketua Bahagian perlu dijaga dan terus dipertahankan. Kita tidak mahu hanya kerana 2 Ketua Bahagian disingkirkan maka masalah ini akan merebak kepada bahagian - bahagian lain.
Jika seorang Cybertroopers boleh berjaya memohon kembali menjadi ahli maka tidak logik akal sekirannya Ketua Bahagian tidak boleh.
Kita tidak boleh berperang dalam keadaan dimana kita sedang berpecah sesama kita sendiri.
Dalam pada itu , sejarah politik tanah air sudah berkali - kali membuktikkan setiap kali ada pemecatan maka BN akan hilang kuasa.
Adakah kita sudah lupa episod bagaimana Anwar Ibrahim dipecat? Adakah kita juga sudah lupa bagaimana Muhyiddin dan Shafie Apdal dipecat ?
Segala pemecatan akan membawa bala.
Kita yakin dan percaya bahawa Presiden UMNO sebenarnya merupakan seorang yang berjiwa besar dan pemaaf.
Sebelum ini ramai juga yang pernah menyinggungnya tetapi akhirnya juga dimaafkan.
Oleh sebab itu , diharapkan kali ini demi perpaduan UMNO dan untuk kemenangan BN dalam PRU 15 terjamin maka segala masalah ini dapat capai titik persamaan dan kesepakatan.
Sesungguhnya kesepakatan membawa berkat.
Kita memohon dan merayu kepada Tuan Presiden supaya letakkan kepentingan parti melebihi segala masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.
Kita merayu Tuan Presiden bertimbang - rasa untuk menyatupadukan dan bukan memecahbelahkan kita semua.

Comments
Post a Comment