PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT



1) Pembunuhan kanak kanak, orang tua serta wanita yang tidak berdosa di Palestin telah menjadi rutin harian bagi askar rejim zionis Israel. Bagi mereka, pembunuhan bayi yang masih di dalam kandungan ibunya dengan melepaskan dua das tembakan kepada perut si ibu membuatkan mereka adalah sebuah negara yang sah dan sepatutnya menggantikan Palestin. Diari hidup rakyat Palestin ini membuatkan kita negara Malaysia menolak sekeras kerasnya kewujudan sebuah negara yang terkenal dengan sifat angkuh dan bongkak iaitu Israel.


2) Perkara ini terbukti melalui ucapan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 24 September yang lepas. Dengan jelas Dato’ Sri Ismail Sabri menyatakan bahawa krisis di bumi palestin perlu diselesaikan dengan segera di mana kuasa kuasa besar perlu bersikap jujur dalam menyelesaikan isu kekejaman yang dihadapi rakyat Palestin. Pendirian tegas seharusnya diambil oleh PBB dan “Israel perlu berhenti menjadi sebuah negara Apartheid!”.


3) Namun, kita dikejutkan dengan satu berita mengenai tangkapan yang dilakukan oleh PDRM terhadap 18 individu yang disyaki terlibat dengan ejen perisikan Mossad yang terlibat dalam aktiviti penculikan rakyat Palestin berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada 29 September. Perkara ini amat merisaukan kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang jelas menentang kewujudan Israel terpalit dengan isu yang akan mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada Malaysia namun juga terhadap Palestin.


4) Namun, perkara yang lebih merisaukan apabila wujud warganegara Malaysia yang terlibat secara langsung dengan menjadi ejen Mossad daripada Israel. Rakyat atau ejen negara lain tidak seharusnya boleh dengan sewenang-wenangnya masuk ke Malaysia dan melakukan jenayah di negara ini. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana keselamatan negara sewajarnya menjadi tonggak dan tanggungjawab semua pihak serta menjadi suatu agenda penting merentasi parti politik.


5) Timbul persoalan yang besar seperti bagaimanakah warganegara Malaysia yang terlibat dalam isu ini boleh mendapatkan lesen sebagai penyiasat persendirian? Adakah saringan yang dilakukan sangat longgar tanpa mengambil kira latar belakang pemohon? Lebih menggerunkan adakah lesen ini diberikan atas dasar warganegara Malaysia tersebut merupakan ahli Bersatu dan mendapat kelonggaran daripada Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Menteri yang bernaung di bawah parti Bersatu iaitu Hamzah Zainudin? Kewujudan persoalan persoalan ini amat membimbangkan kerana sekiranya perkara ini boleh terjadi pada hari ini, tidak bererti ianya tidak akan berulang pada masa yang akan datang.  


6) Adegan tuding menuding diantara PKR dan Bersatu juga sedang rancak berjalan untuk menyalahkan siapakah angkara dan punca warganegara Malaysia terlibat dengan ejen perisikan Mossad. Kedua dua parti ini kononnya memperjuangkan kepentingan rakyat, kononnya menolak keganasan dan kononnya memperjuangkan agama Islam dan Palestin tetapi akhirnya menjadi tali barut untuk membenarkan sarang operasi ejen Israel Yahudi untuk berleluasa dalam negara.


7) Warganegara Malaysia yang merupakan sepasang suami isteri yang terlibat dengan ejen perisikan Mossad dikatakan ahli kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dakwaan itu timbul apabila pasangan suami isteri itu kerap dilihat memuat naik gambar memegang bendera parti politik terbabit ketika berada di luar negara seperti United Kingdom dan Perancis.


8) Tidak kurang daripada itu kedua-duanya memuat naik gambar bersama logo PKR di Facebook pada tahun 2018. Namun, perkara itu bagaimanapun dibantah Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil yang mengatakan dua individu yang ditahan, Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan bukan anggota parti.


9) Dalam masa yang sama, aktif di media sosial memaparkan bagaimana Nidarayahu Zainal merupakan penyokong kepada Rina Harun yang merupakan Ketua Srikandi Bersatu dan adegan ini mewujudkan perbalahan diantara PKR dan Bersatu tentang pendirian politik pasangan yang terlibat sebagai ejen Mossad.


10) Di akhirnya, punca kepada segala masalah tidak akan diselesaikan oleh PKR dan Bersatu sebaliknya BN masih memberikan fokus penuh untuk menangani masalah yang sedang dihadapi negara tanpa perlu untuk mengambil kira latar belakang politik pasangan suami isteri yang terlibat dengan ejen perisikan Mossad ini.


11) Perbalahan di antara PKR dan Bersatu ini bukan sahaja tidak membantu untuk menangani masalah sebaliknya hanyalah satu tindakan yang sia sia dan tidak membantu untuk menguatkan pendirian negara untuk menyokong negara Palestin dan menentang sekeras kerasnya kewujudan negara Israel.

Comments

Popular posts from this blog

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN