KALAU BENAR BAGAI DIKHABAR.. ZAHID HAMIDI BERJIWA BESAR
1. Sudah kecoh di media sosial dan laporan media arus perdana dengan khabar Presiden UMNO tidak akan bertanding untuk kerusi Bagan Datuk.
2. Khabarnya kerusi itu akan digantikan dengan orang kanannya atau anak perempuan beliau sendiri Nurul Hidayah.
3. Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO-UMNO Bahagian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) ditakdirkan menang.
4. Bermaksud, komponen lawan BN juga akan kehabisan modal propaganda bahawa Zahid Hamidi rakus mahu jadi Perdana Menteri.
5. Ini juga memberi tanda kepada rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional konsisten dan tidak memungkiri janji yang diulang sejak April lalu berkenaan calon Perdana Menteri.
6. Sekiranya berita ini benar, walaupun memiliki kuasa Presiden Parti yang kebiasaannya menjadi calon Perdana Menteri, ternyata Zahid Hamidi memang berjiwa besar untuk beri laluan kepada Naib Presiden untuk mengisi jawatan tersebut.
7. Mungkin ini juga masa untuk PH, dan GTA tunjukkan kematangan yang sama, beri saja laluan kepada watak lain selain Presiden. DSZH juga tidak pernah jadi Perdana Menteri, tetap boleh beri laluan pada orang lain.
8. UMNO memberi laluan kepada kepentingan negara berbanding kemahuan individu, malah parti dan akar umbi sentiasa menyokong keputusan yang disepakati Presiden dan MKT.
9. Tidak menghairankan, malah jelas UMNO/BN adalah komponen yang paling bersedia untuk PRU-15.
10. Kalau benar bagai dikhabar, memang Tuan Presiden Dr. Zahid Hamidi berjiwa besar.

Comments
Post a Comment