MUAFAKAT NASIONAL: FORMULA TERBAIK BERDEPAN PRU15
Kerjasama politik dua parti politik Melayu Islam terbesar di negara ini iaitu UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) adalah formula terbaik mendepani PRU 15.
Muafakat Nasional adalah lambang kekuatan politik Melayu. Bukan sekadar tanggapan, malah gabungan ini pernah menggegarkan politik negara sebelum ini.
Muafakat Nasional menjadikan orang Melayu Islam lebih mudah bersatu dibawah gabungan yang komited memperjuang masa depan bangsa dan agama.
Inilah masanya kerjasama UMNO dan PAS meraih kembali keyakinan rakyat. Inilah masanya gabungan Muafakat Nasional ini menjadi penawar kepada kerancuan politik tidak matang pembangkang.
Jangan sibuk UMNO dan PAS menjaga parti sendiri dan terus melupakan Muafakat Nasional yang telah terbukti menjadi pemangkin kekuatan kerjasama politik antara keduanya.
Hakikatnya, pertembungan UMNO dan PAS hanyalah akan menguntungkan pihak lawan kerana undi orang Melayu akan berpecah dua. Pasti ada yang melompat bertepuk tangan bila melihat pertembungan ini terjadi.
Sebab itulah gabungan Muafakat Nasional ini penting bagi memastikan undi dapat disatukan terutamanya dia 27 kerusi Parlimen yang kritikal.
27 kerusi Parlimen yang kritikal itu ialah di Kangar, Jerlun, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Kulim Bandar Baharu, Parit Buntar, Tambun, Lumut, Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kapar, Kuala Langat, Titiawangsa, Kuala Pilah, Tampin, Sri Gading, Tanjung Piai, Tangga Batu dan Putatan.
Kemenangan di 27 kerusi Parlimen kritikal ini akan menjamin kuasa politik Melayu pada PRU15 akan datang dalam memastikan negara terus ditadbir oleh kepimpinan Melayu Islam yang komited perjuangkan agama dan bangsa.
27 kerusi Parlimen kritikal ini tidak seharusnya diberi laluan yang mudah kepada PH hanya kerana berlaku pertembungan tiga penjuru.
Segala batu penghalang merealisasikan kerjasama UMNO- PAS ini perlu segera dirempuh kerana takut-takut nanti ada yang mencucuk ambil kesempatan.

Comments
Post a Comment