TOK MAT AKAN JADI SASARAN SETERUSNYA



1. Selepas Najib disabitkan bersalah dan dipenjarakan maka Tok Mat kini merupakan satu - satu individu yang boleh mengancam kuasa dan pengaruh Zahid Hamidi dalam UMNO. 


2. Hampir kesemua Warlord UMNO yang memiliki pengaruh di negeri masing - masing kesemuanya sudah dicantas. Shahidam Kassim di Perlis , Noh Omar di Selangor dan Annuar Musa di Kelantan. 


3. Negeri Sembilan merupakan antara satu negeri yang diluar penguasaan Zahid Hamidi. Hal ini disebabkan , 100% akar umbi dan ketua bahagian di Negeri Sembilan berkiblatkan Tok Mat. 


4. Lebih - lebih lagi , dendam lama yang sudah lama tersimpan dalam hati apabila suatu ketika dahulu beliau terpaksa berehat seketika daripada menjadi Presiden UMNO disebabkan oleh gerakan "UNDUR ZAHID" yang diketuai oleh Tok Mat. 


5. Seorang demi seorang yang pernah menguris hati Zahid kini sudah pun dijatuhkan dan siapa lagi kali Tok Mat bukan sasaran yang seterusnya? 


6. Dari segi populariti dalam parti dan hieraki maka Tok Mat adalah pencabar Zahid Hamidi yang terdekat. 


7. Oleh sebab itu , Zahid Hamidi tidak akan sesekali dapat menguasai UMNO dengan sepenuhnya tanpa terlebih dahulu melemaskan pengaruh Tok Mat dalam parti. 


8. Ramai penasihat dan panglima Najib kini berada di telinga Zahid yang mahukan Tok Mat dihukum kerana wawancara beliau dengan Asia Times yang mahukan Najib masuk ke dalam penjara dahulu. 


9. Adakah Tok Mat akan selamat daripada serangan yang bakal digerakkan oleh Zahid pasca PRU 15? 


10. Natijanya , Tok Mat semestinya akan menjadi sasaran Zahid Hamidi yang seterusnya

Comments

Popular posts from this blog

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN