ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN
2. Pengundi atas pagar dan muda BN beralih kepada Perikatan Nasional disebabkan imej gandingan Zahid dan Tok Mat yang terlalu angkuh , sombong dan bongkak.
3. Barisan Nasional kalah hampir keseluruhan negeri Perlis disebabkan Zahid Hamidi bersifat dendam untuk gugurkan Shahiddam Kassim yang merupakan calon WALI di negeri tersebut.
4. Zahid gagal menjalankan tugas sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO dan Tok Mat pula gagal menguruskan parti kita ke arah kemenangan sebagai pengarah pilihan raya.
5. Sebelum ini Tok Mat pernah berjanji bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO sekirannya UMNO kalah dalam pilihan raya kali ini.
6. Kesemua calon WALI yang boleh menang dan dahulunya kawasan putih BN pula kini sudah bertukar hitam.
7. Keangkuhan dan kesombongan untuk tidak mahu bekerjasama dengan PAS walaupun pada saat - saat terakhir PAS masih lagi mahu berunding untuk membentuk kerjasama.
8. Zahid masih lagi terpalit dengan kes mahkamah dan Tok Mat pula sedang disiasat oleh SPRM tentang RM 10 juta pembelian rumah di United Kingdom.
9. Gandingan ini bukan sahaja gagal menyatupadukan UMNO untuk masuk ke gelanggang pilihan raya malahan pecahkan segala perpaduan dengan politik dalaman.
10. Rakyat menolak naratif sekirannya BN menang maka Zahid akan menjadi PM. Zahid pula berlapik memberi jawapan soal PM adalah kuasa YPDA sedangkan parti sudah putuskan satu - satu calon untuk diketengahkan.
11. Zahid perlu mengikut rentak Najib lepas jawatan semasa BN kalah pada PRU 14. Sejarah sudah membuktikkan Timbalan Presiden yang gagal dalam pilihan raya pula perlu letak jawatan supaya sejarah PRU 15 tidak berulang pada masa hadapan.
12. Zahid perlu memikul tanggungjawab kegagalan kita menang 112 kerusi secara bersendirian dan Tok Mat pula perlu tunaikan janjinya untuk letak jawatan sekirannya BN tidak menang.

Comments
Post a Comment