PENGUMUMAN CALON BN PENUH DENGAN KACAU BILAU BUKTI KEPIMPINAN WTC HARUS DIPERTIKAIKAN
1. Banyak lagi kerusi yang belum lagi diumumkan. Antaranya adalah kerusi parlimen Tanjong Karang , Kuala Pilah , Jempol dan Kepong. Status Quo Ketua Perhubungan Negeri Selangor iaitu Noh Omar jadi calon atau tidak masih lagi belum diketahui.
2. Senarai yang diumumkan dan digugurkan pula lebih berbentuk politik sifat dendam peribadi seorang individu yang berkuasa melebihi kepentingan parti BN untuk menang dalam sesuatu kawasan.
3. Rakan komponen BN iaitu MIC boikot pengumuman hari ini yang merupakan pertama kali dalam sejarah Barisan Nasional.
4. WTC gagal berunding dan mencapai sepakat dengan pelbagai pihak untuk masuk dalam pilihan raya sebagai satu pasukan dan bukannya kini dalam keadaan berpecah - belah bukan sahaja dalam kalangan UMNO tetapi juga dengan komponen parti BN yang lain.
5. 4 Menteri dan 3 Timbalan Menteri digugurkan dalam pencalonan kali ini walaupun mereka adalah calon - calon yang sudah terbukti sudah menang pada tsunami politik PRU 14.
6. Kawasan parlimen Arau dan Jempol sudah menutup kesemua bilik gerakan mereka.
7. Calon baharu Ketereh pula tampil membuat kenyataan dipaksa menjadi calon walaupun diri sendiri sudah mengatakan penyandang kerusi tersebut lebih sesuai.
8. Kesemua ketidakstabilan ini telah membunuh "Winning Momentum" dan " Feel Good Factor" dalam PRU yang semakin hampir.
9. Sebelum hari penamaan calon , WTC masih lagi boleh cuba sedaya - upaya untuk berunding dan memastikan UMNO dan BN benar - benar stabil sebagai satu pasukan dan tidak seharusnya berpaksikan kepada politik dendam seorang individu.
10. Demi kemenangan BN pada PRU 15 dan kembali menjadi kerajaan untuk kesejahteraan rakyat maka kesemua politik dalaman dan kekacauan yang kini berlaku harus ditamatkan dengan serta merta.

Comments
Post a Comment