KEGAGALAN BN DAPAT 112 KERUSI, ZAHID HAMIDI & TOK MAT WAJIB LETAK JAWATAN
Salah siapa? Sah! SALAH PENGERUSI! SALAH PENGARAH PILIHAN RAYA!
Zahid Hamidi yang gelojoh dan rakus minta PRU diawalkan. Tak sabar-sabar, kononnya, yakin menang setelah dihasut Tok Mat. Kesudahannya, KECEWA!
Zahid Hamidi yang emosi dan tak rasional, mencantas dan menggugurkan calon-calon WALI. Yang diletaknya, calon-calon "taat Zahid" semata-mata. Akibatnya, sabotaj dan protes. Kesudahannya, KECUNDANG!
Tok Mat pula rampas kerusi Rembau dan kini BN bakal kehilangan seorang pemimpin muda berwibawa iaitu KJ di Parlimen.
Zahid Hamidi yang merapu melalut dalam berkempen. Asal buka mulut, jadi bahan makian rakyat dan kempen lawan. Sampai cerita, Zahid buat komplot dengan Anwar sendiri-sendiri pun Tok Mat dan MKT tak tahu, bikin marah akar umbi UMNO. Kesudahannya, TEWAS!
Yang sebenarnya, punca segala punca adalah kedegilan mereka berdua.
Zahid ini terpalit dengan kes rasuah berpuluh. 'Penyamun'. 'Kleptokrat'. 'Rompak duit rakyat'. Ini semualah dijadikan mesej kempen parti lawan. Kesudahannya, UMNO BN TERBUNUH!
Tok Mat pula tergesa-gesa mahu merasakan nikmat kuasa sampaikan Parlimen dibubarkan sewaktu BN belum bersedia.
Sebab itu, kami dah pesan, Zahid Hamidi KENA BERUNDUR SEBELUM PRU. Tapi Zahid sombong dan tamak. Tak berjiwa besar. Ini malapetaka serupa menimpa BN ketika PRU14 tatkala Najib Razak pun berangan-angan dia masih disukai.
Kesudahannya, BN GAGAL CAPAI MAJORITI MUDAH.
Kepada Zahid Hamidi dan Tok Mat, tunggu apa lagi, umumkan perletakan jawatan kamu segera!

Comments
Post a Comment