SIAPAKAH LOKMAN ADAM HENDAK MENDAHULUI YDP AGONG UNTUK SEGERAKAN PRU??
Perkara 55 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menzahirkan kuasa membubarkan Parlimen boleh dilaksanakan dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Dalam kefahaman biasa Perlembagaan juga menyebut SPB YDPA boleh bertindak membubarkan Parlimen setelah mendapat panduan nasihat dari YAB Perdana Menteri selari dengan Fasal 1 Perkara 40.
Dan, bagi seorang Perdana Menteri untuk mengadap menyembah perkenan SPB YDPA pula, YAB PM perlu mendapatkan persetujuan konsensus dalam kalangan Jemaah Menteri Kabinet.
Begitulah hukum asas yang perlu dipatuhi berdasarkan kuasa tertinggi yakni Perlembagaan Persekutuan.
Tambah unik lagi, dalam kes "gabungan politik" dan YAB PM adalah Naib Presiden No 1 UMNO, restu awal untuk membawa hasrat pembubaran Parlimen ini adalah pada ketetapan bersama "Top 5 UMNO". Ini sudah jadi rahsia umum pun.
Cuma yang pelik bin hairan, kenapa Lokman Adam gelojoh dan bodoh, membangkitkan lagi desakan PRU15 ini?
Soalan saya, SIAPAKAH LOKMAN ADAM HENDAK MENDAHULUI KUASA YDPA DAN MELANGGAR KETETAPAN PERLEMBAGAAN KITA DAN TOP 5 UMNO??
Sejarah Lokman Adam ini sangat tragik. Sudahlah jadi Calon BN di PRK Sungai Kandis pun tewas memalukan! Jadi Ahli UMNO pun dipecat sebab kritik hina Presiden Parti! Bebal sungguh Lokman Adam!
Mesyuarat MKT semalam telah jelas berpendirian fokus UMNO adalah mempersiapsiagakan jentera Parti bermula dengan urusan mesyuarat di akar umbi iaitu Cawangan dan Bahagian pada November ini. Uruskan ini, siapkan jentera kerana PRU15 akan dipanggil apabila tiba masanya! Ini ketetapan semasa MKT UMNO!
Jadi, Lokman Adam tidak perlu berlagak seperti Penasihat Presiden atau Penasihat PM atau pun Penasihat Top 5! Tiada satu pun yang layak buat insan dungu ini!
Nasihat saya buat Saudara Lokman Adam, jangan mimpilah nama kamu tersenarai jadi Calon BN PRU15. Angan-angan Saudara di Parlimen Sri Gading sudahnya seperti Mat Jenin! Yang lebih cocok dan sesuai buat Saudara, teruskanlah "menyalak" setiap malam, jadilah blogger cytro haprak dan picisan selamanya!

Comments
Post a Comment