KES NAJIB: KETENTERAMAN AWAM UNTUK NEGARA LEBIH PENTING DARI NASIB SEORANG INDIVIDU
Kes Najib tiada bezanya dengan ratusan ribu kes - kes pesalah lain yang disabitkan bersalah sebelum.
Kedaulatan undang - undang negara perlu dipelihara. Jangan hanya kerana Najib merupakan satu figura yang popular maka beliau seharusnya dilepaskan walaupun bersalah.
Ketenteraman awam negara jauh lebih penting daripada nasib seseorang individu.
Lebih - lebih lagi dalam kes Najib kali ini sudah melibatkan puluhan Billion yang merupakan wang rakyat dan negara. Ini adalah isu kepentingan awam.
Tiada mana - mana ahli politik seharusnya kebal daripada sebarang hukuman dan perundangan.
Negara akan kucar - kacir sekirannya rakyat dihasut untuk menghakimi sesuatu kes mengikut naratif dan persepsi yang cuba dicipta oleh pihak yang bersalah.
Sebarang percubaan untuk menggunakan saluran politik demi melepaskan seseorang individu bukanlah sesuatu amalan yang sihat.
Sistem kehakiman dan legislatif kita perlu terus diberi jaminan supaya terus terpelihara.
Oleh sebab itu , penyokong - penyokong Najib boleh bersimpati terhadapnya tetapi jangan sesekali melakukan sebarang kekecohan yang akan menjejaskan ketenteraman awam.

Comments
Post a Comment