AKSI TOMBOY AZALINA GAGAL MENGGAMIT SIMPATI AKAR UMBI
Azalina Silap Untuk Samakan Pelantikan Peguam Negara Dengan Lantikan Setiausaha Ketua Bahagian UMNO
Langgar Perlembagaan & YDPA
Azalina mendapat pendidikan di UiTM Shah Alam dan jurusan undang-undang. Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988.
Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.
Bagaimana beliau boleh memiliki begitu banyak sijil undang - undang tetapi perundanan dan perlembagaan asas negara juga tidak dapat faham ?
Dalam ceramah berapi Azalina di WTC menunjukkan beliau begitu cetek permikiran untuk menyamakan pelantikan Setiausaha Bahagian UMNO Pengerang dengan pelantikan seorang Peguam Negara.
Kita perlu tahu bahawa pelantikan Setiausaha Bahagian UMNO oleh seorang Ketua Bahagian tidak perlu mendapat sebarang rujukan mahupun pengesahan daripada Presiden parti.
Dalam isu pelantikan Peguam Negara pula , segala pelantikan berpusatkan kepada kuasa YPDA.
Seseorang Peguam Negara tidak boleh dilantik , diganti mahupun dipecat dengan seseuka hati.
Jika perkara ini berlaku maka kita akan berhadapan dengan krisis perlembagaan. Institusi perlembagaan dan Beraja negara kita juga akan terjejas.
Perkara 145 Perlembagaan Negara jelas bahawa Tertakluk kepada Fasal (6) iaitu Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab itu , terdapat banyak proses perundangan dan kaedah–kaedah yang perlu dipatuhi untuk menurunkan jawatan seorang Peguam Negara.
Kita tidak boleh hanya dengan ucapan seorang ahli program Taklimat Presiden parti politik tertentu maka perkara ini boleh terus dilaksanakan.
Perlembagaan Negara juga jelas bahawa seseorang Peguam Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan-alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan."
Untuk memerintah negara jauh beza dengan sesebuah parti politik. Segala - galanya ada tatacara mereka yang tersendiri seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara.
Dalam perlembagaan negara juga menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah, selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, melantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan seorang Peguam Negara, yang hendaklah seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.
Natijahnya , hujah yang diberikan oleh Azalina di WTC sah menentang segala prinsip perundangan dan perlembagaan negara.
Lebih parah lagi apabila isu lantikan hendak disamakan dengan lantikan seorang setiausaha bahagian UMNO oleh seorang Ketua Bahagian.

Comments
Post a Comment