10 Sebab Permohonan Bukti Baharu Berkaitan Hakim Nazlan Wajar Ditolak
Segala fitnah team Najib terhadap Hakim Nazalan hanyalah taktik percubaan terdesak untuk membatalkan dan menangguhkan perbicaraan kes.
Rakyat Malaysia perlu tahu semua bukti relevan dan material telah dikemukakan pada perbicaraan.
Tiada penyembunyian bukti seperti yang didakwa, dan Najib tidak pernah dinafikan hak perbicaraan yang adil.
Permohonan yang difailkan oleh team Najib selama ini adalah untuk memanjangkan prosiding SRC bagi tujuan kolateral.
1. "Bukti" ini baharu sahaja dikemukakan pada saat - saat terakhir di Mahkamah persekutuan.
2. Kedudukan Nazlan di Maybank sebelum ini tiada kaitan dengan kes Najib.
3. Tuduhan Team Najib terhadap Hakim Nazlan adalah berkaitan dengan kes 1MDB tetapi penghakiman untuk kes yang sedang berjalan ini adalah kes SRC International.
4. Isu 1MDB ini tidak relevan dengan fakta berhubung pertuduhan SRC yang dihadapi oleh pemohon dalam rayuan ini.
5. 1MDB dan SRC adalah entiti undang-undang yang berbeza, dengan SRC beroperasi secara berasingan dan bebas daripada 1MDB pada setiap masa.
6. Tuduhan team Najib adalah Isu-isu yang tidak relevan dengan rayuan SRC, sebaliknya ia berkaitan dengan kes 1MDB yang tidak didengar oleh Hakim Mohd Nazlan. Oleh sebab itu , tiada isu konflik berkepentingan.
7. Peranan Hakim Mohd Nazlan dalam Maybank sememangnya pengetahuan umum dan tiada elemen conflict of interest dalam isu ini.
8. Pengetahuan umum ini sudah diketahui oleh Najib dan pasukannya sepanjang masa, termasuk semasa permulaan dan penerusan perbicaraan seperti yang ditunjukkan oleh dokumen awam dan dokumen yang dimiliki pemohon.
9. Mengapa Najib tidak pernah membantah apabila Nazlan menjadi hakim perbicaraan ketika itu?
10. Pada 9 0gos 2022 media melaportkan team Najib sendiri tarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mohd Nazlan melalui afidavit jawapan lanjutan yang difailkan beliau di Mahkamah Persekutuan.
"Untuk rekod, saya ( Najib ) secara mutlak menarik balik sebarang tafsiran mengenai apa yang saya telah katakan yang boleh dianggap bermaksud bahawa Hakim Mohd Nazlan telah disiasat kerana kemungkinan rasuah"

Comments
Post a Comment