TANGGUNGAN HUTANG BERBILION 1MDB PUNCA KERAJAAN TERPAKSA PERKENAL GST.


Saya rasa saya tak perlu nak perkenalkan apa itu 1MDB dan apa impak 1MDB ini kepada Malaysia. Mudahnya 1MDB ini bawa bala lah kepada kita. Dengan tidak berjayanya, tiada hasilnya, dan lebih teruk bawa hutang kepada negara kita. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul, jumlah principal dan faedah hutang 1MDB adalah sebanyak RM 38.8 billion untuk dilangsaikan sebelum 2039. 


Kerajaan dah melunaskan pembayaran sebanyak RM 13.1 billion dan masih berbaki sebanyak RM 23.04 billion. Pun begitu, dana akaun amanah hanya mempunyai sebanyak RM 15.76 billion sahaja, kita masih kekurangan sebanyak RM 7.28 billion. 


Dana awam juga pernah dan akan digunakan untuk melangsaikan hutang 1MDB samada dari segi bantuan langsung atau melalui pemulihan aset. Kerajaan juga sebenarnya sudah meyalurkan hampir RM 10 billion dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan melalui kementerian atau syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.


Kalau anda nak tahu sebanyak mana RM 10 billion itu. Satu hospital kerajaan biasanya memerlukan sebanyak RM 200 juta. Dengan 10 billion itu kita boleh bina 50 hospital, satu negeri boleh ada 3-4 hospital. Tapi sayangnya, terpaksa kita salurkan kepada hutag piutang1MDB. 


Kalau kita nak ambil sudut pandang dari segi pemberian subsidi, kebiasaanya kita memperuntukkan 100 juta untuk pemberian subsidi ayam dan telur untuk sebulan. Dengan RM 10 billion itu, kita boleh berikan subsidi selama 100 bulan kepada rakyat Malaysia. Tapi sayangnya, kita terpaksa salurkan kepada hutang piutang 1MDB.


Dalam kerajaan sudah berhabisan duit, dan sudah banyak kita keluarkan untuk menyelesaikan hutang 1MDB malah kerajaan terpaksa untuk menggunakan dana awam yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan kemaslahatan rakyat. Kerajaan sudah berada pada jalan buntu.


Dalam keadaan terdesak, Datuk Seri Ismail Sabri telah menyatakan bahawa kerajaan akan terpaksa mengembalikan GST kembali. Pun begitu, kadar GST baharu mungkin tidak setinggi dahulu. Malah proses dan sistem pengutipan cukai akan lebih berhasil.


Kalaulah kita terpaksa hendak salahkan siapa nanti, saya berani untuk kata segala malapetaka ini semua berpunca daripada Najib Razak. Dia yang pinjam tapi kita yang bayar. Dia lah punca kerajaan terpaksa memotong dalam pemberian subsidi. Dia lah punca kerajaan perlu kembalikan GST. Semua salah Najib Razak.

Comments

Popular posts from this blog

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN