Jangan Biarkan DAP Hannah Yeoh Menggaburi Pencapaian Kepulangan Ismail Sabri Dari Amerika Syarikat
Ini bukan lagi isu sambutan kepulangan. Jangan biarkan komestik DAP cuba untuk menutupi segala sinar dan cahaya kepulangan ini.
Hal ini disebabkan , Ismail Sabri berjaya mengutarakan isu kemanusian dan sejagat. Kalau DAP sekalipun anti Islam maka sekurang - kurangnya biarlah simpati pada rakyat di Palestin. Mereka manusia juga yang perlu dipertahankan hak dan asasi mereka.
Jika sekalipun DAP itu sokong perjuangan komunisme maka jangalah buat hal apabila Ismail Sabri meminta supaya keadaulatan Laut China Selatan dipertahankan.
Jika sekalipun DAP tidak berperikemanusian maka janganlah halang Ismail Sabri berbicara tentang pentingnya untuk Russia-Ukraine berdamai. Perang ini memberi kesulitan kepada seluruh dunia. Perang ini juga sudah meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa.
Jika sekalipun DAP tidak hormat bahasa Melayu namun janganlah pertikaikan ketika bahasa ini digunakan di peringkat antarabangsa. Hendak juga mereka membandingkan dengan Jokowi. Tahu atau tidak Jokowi juga guna Bahasa Indonesia dalam pertemuan tersebut. Asal usul Bahasa Indonesia juga Bahasa Melayu. Adakah Jokowi 'Speak English'? Hiprokritnya DAP dalam Malaysia apabila cuba untuk memikat pengundi Melayu maka mereka akan gunakan Bahasa Melayu dalam persidangan rasmi mereka. Peliknya apabila Perdana Menteri kita guna bahasa yang sama di peringkat global pula dipertikaikan.
Jika ketika DAP menjadi Kerajaan dan Kementerian Kewangan ekonomi dan pelaburan asing negara kita amat parah sekalipun maka jangalah apabila Ismail Sabri berjaya membawa kembali lebih daripada RM 14 Billion pula hendak mereka jadikan isu.
Timbul pula isu Jokowi berjumpa dengan Elon Musk. Perkara baik pemimpin lain cuba dipromosikan oleh DAP. Namun begitu , tahukah anda Jokowi langsung tidak dijemput oleh mana - mana pegawai Amerika Syarikat ?
Kementerian Luar Negeri Klarifikasi Jokowi Tak Disambut Amerika
https://dunia.tempo.co/read/1590929/kementerian-luar-negeri-klarifikasi-jokowi-tak-disambut-amerika
Foreign ministry says, as no US official greeted Jokowi’s arrival in Washington
https://coconuts.co/jakarta/news/not-a-diss-foreign-ministry-says-as-no-us-official-greeted-jokowis-arrival-in-washington-d-c/
Segala kebaikan Perdana Menteri negara sendiri cuba dipadamkan oleh DAP. Segala kebaikan Perdana Menteri negara lain pula disanjung tinggi oleh DAP. DAP ini semuanya rakyat Malaysia atau Indonesia ?

Comments
Post a Comment