Ahli Dan Perwakilan UMNO :Penolakan rakyat terhadap Najib Razak penyebab kekalahan PRU14
Kajian Merdeka Center yang dilakukan di kalangan perwakilan dan ahli biasa UMNO mendapati 40% daripada mereka meletakkan faktor penolakan terhadap mantan presiden Najib Razak sebagai punca utama kekalahan parti itu di dalam pilihanraya umum Mei 2018. Ini diikuti faktor isu GST (22%) dan 1MDB (14%).
Selain itu, 83% daripada responden percaya bahawa UMNO menghadapi masalah yang perludiatasi segera. Mereka melihat perlunya para perwakilan memilih pemimpin yang boleh mendapat kepercayaan rakyat serta mempunyai wawasan untuk memperkukuhkan semula parti UMNO.
Najib Razak sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah Malaysia adalah bersandarkan 'kerosakan' yang dilakukan pemimpin terbabit dalam menerajui kerajaan.
Najib juga menjadi individu yang telah menghancurkan parti UMNO selain menjadi penyebab utama dalam kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).
Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dikatakan menyebabkan imej UMNO dan BN terjejas teruk dalam kalangan pengundi, sekali gus menyaksikan tumbangnya kerajaan BN buat julung-julung kalinya dalam sejarah negara.
Khairy Jamaluddin memilih untuk berterus-terang kepada Najib Razak.
Hal ini selepas Najib enggan mengakui peranan skandal 1MDB yang menjadi punca kekalahan BN tahun ini.
"Kita kalah sebab 1MDB. Tamat," ciap Khairy di Twitter.
Datuk Seri Nazri Aziz dilihat senada dengan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai punca kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Nazri yang terkenal selalu lantang dan berterus-terang itu berkata tidak seperti kepercayaan sesetengah orang dalam Umno, punca utama majoriti pengundi memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah kerana faktor 1MDB.
“Saya bersetuju dengan kenyataan Khairy.
“Kita kalah bukan kerana rakyat menolak kita, tetapi kerana 1MDB”
1MDB punca kekalahan MCA dan 42 Kerusi Majoriti Cina Menolak Kepimpinan Najib
Pada PRU 14
Bekas Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, menganggap kekalahan parti itu berpunca daripada undi PAS yang terpecah, bantahan MCA terhadap Akta 355 dan papan iklan berbunyi "undi BN sama dengan undi Najib dan isteri".
Ketua MCA bahagian Bandar Tun Razak Chew Yin Keen berpendapat sebab utama kekalahan dan kehilangan kuasa BN pada pilihan raya umum lalu disebabkan skandal yang mengelilingi perdana menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan keluarganya, khususnya 1MDB dan 'sumbangan politik' RM2.6 bilion,".

Comments
Post a Comment