NAJIB PAHLAWAN CINA
1. Ramai yang tidak tahu bahawa larinya pengundi Melayu daripada UMNO pada PRU14 yang lalu adalah kerana pengundi Melayu melihat Najib sangat berat sebelah melebihkan bangsa Cina sepanjang pentadbiran beliau selaku Perdana Menteri.
2. Kita semua masih ingat lagi bagaimana Najib berpesan-pesan sebelum PRU14 supaya pengundi tidak memilih Pakatan Harapan kerana risaukan hubungan Malaysia dengan Tanah Besar China akan terjejas. Pesanan Najib ini sudah tentu pelik dan menghairankan. Di saat UMNO / BN berdepan dengan cabaran besar dan kemarahan rakyat, Najib memilih untuk menjaga persahabatan dengan China. Rupa-rupanya pesan Najib tersebut telah lama disusuli dengan tindakan menjual aset Malaysia kepada China. Edra Energy dan Bandar Malaysia semuanya diserahkan kepada kontraktor daripada China. Proton dijual kepada Geely, ECRL dan juga projek HSR turut diserahkan kepada syarikat China. Syarikat orang Melayu tak ada langsung.
3. Perangai mengampu Tanah Besar China oleh Najib ini juga mengalir kepada bangsa Cina di Malaysia. Sudah tentu semua ini dilakukan oleh Najib demi kelangsungan politik dan juga mengharapkan imbalan undi daripada bangsa Cina. Sebab itu apabila BN kehilangan majoriti 2/3 selepas PRU13, Najib yang meroyan “Apa Lagi Cina Mahu?”.
4. Tahun 2010, demi mengambil hati orang cina, Najib mengumumkan bahawa Kerajaan akan menanggung bil utiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (“SRJK(C)”). Kita semua tahu bahawa SRJK(C) ini kebanyakkan fasiliti mereka berada dalam keadaan yang lebih mewah berbanding Sekolah Kebangsaan. Bayangkan betapa remuknya hati orang dan pengundi Melayu apabila langkah ini diambil Najib sambil membayangkan begitu banyak lagi sekolah kebangsaan yang masih daif, pintu tercabut dan tak cukup meja. Lagi teruk sekolah agama punya bil langsung Najib tak ambil peduli ketika itu.
5. Kalau kita imbas ke belakang lagi, Najib ketika menjadi Menteri Pendidikan merupakan individu yang bertanggungjawab memberikan status ‘Sekolah Kebangsaan’ kepada sekolah cina dengan meminda Akta Pendidikan. Kesan langkah Najib sampai sekarang masih kita rasai apabila ramai lagi kaum cina yang tidak mahu bersama dalam satu sistem pendidikan kebangsaan dan merencatkan pembinaan perpaduan Malaysia.
6. Walaupun MCA tewas teruk pada PRU13, Najib melantik pula rakan cina baru bernama Datuk Pau Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Akhirnya Pau Low ini mula mengacau dan mempersoalkan integriti badan berkuasa Malaysia seperti PDRM dan SPRM yang kita tahu diamanahkan kepada orang Melayu. Integriti orang Melayu senang-senang sahaja dipersoalkan Menteri Cina Najib.
7. Dalam usaha Najib untuk kembali relevan dan popular, Najib juga sekali lagi memilih cina sebagai pendamping rapat. Kenapa Najib berpelakuan begini? Najib merasakan pengundi Melayu tetap akan totok kepada beliau tanpa sebarang usaha ataupun Najib memang tahu bahawa orang Melayu dah lama menolak dia. Selepas PRN Johor tempoh hari, Najib adalah pemimpin pertama yang menjanjikan “Hari Bahagia Orang Cina Akan Kembali”. Sudah tentu deklarasi Najib ini pelik sebab kita tahu Johor ini kubu kuat UMNO, pusat kuasa pengundi Melayu. Kalau anda rasa deklarasi Najib ini tidak bahaya, baca balik perenggan-perenggan di atas.
8. Saya tidak rasa hairan pun apabila Najib dijemput untuk memberikan ucapan pada Forum Ekonomi China Sedunia sebelum ini. Najib memang pro cina dan orang cina tahu bahawa Najib boleh dijadikan boneka untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Najib juga adalah orang yang paling bising apabila dana bantuan kewangan kepada TAR UC, kolej orang cina, ini dipotong peruntukkan. Tapi bila isu kampung baru kena rampas oleh developer cina, Najib diam sahaja. Sebab Najib dah banyak makan dedak taikun cina. Mana dia suara keramat Najib untuk orang melayu Kampung Baru yang sedang dibuli oleh orang Cina?
9. Sebenarnya Najib adalah duri dalam daging perjuangan Melayu yang perlu kita cantas awal-awal. Beliau sanggup membisukan diri berkenaan hal orang Melayu kalau kepentingan Cina akan terjejas. Ketika kita sedang memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN, Najib senyap sahaja sebab dia nak jaga hati orang Cina juga tu. Nasihat saya jauhilah Najib, pengundi Melayu kena terus tinggalkan dia. Orang Cina pun kalau boleh tinggalkanlah Najib Guo ni. Najib hanya gunakan anda. Najib; hui chiang puk hui zuo!
10. Najib juga ada god-complex bila berada dalam kalangan orang Cina. Sebab itu Najib senyum riang bila disambut macam tuhan di tokong Pulau Pinang. Najib sudah semacam berhala sebab apa sahaja Cina minta tentu dapat. Najib pun terus leka sebagai berhala manusia. Berhati-hatilah, Cina ini rambut saja lurus, yang lain semua bengkok. Samalah Najib, rambut sahaja putih, yang lain semua hitam.

Comments
Post a Comment