ZAHID SAILANG PAK LONG MAEL POSTER BOY
Macam-macam cerita sudah keluar. Tetapi sudah terang lagi bersuluh Zahid Hamidi akan kapankan datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Pak Long Mael dalam PAU kali ini.
Zahid sudah beri bayang pada PRN Johor.
Bermula dengan kenyataan UMNO belum putuskan siapa poster boy PRU 15. Kemudian 'budak-budak' Zahid menjerit depan muka Perdana Menteri minta bubar Parlimen. Biadap!.
Zahid sebenarnya takut dengan Pak Long Mael.
Biro Politik dan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri telah membuat keputusan bahawa Pak Long Mael sebagai poster boy dalam PRU-15.
Keputusan ini sepatutnya dibawa dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO pada 12 Januari 2021.
Bagaimanapun Zahid sebagai pengerusi mesyuarat tidak membawa agenda Pak Long Mael sebagai Poster Boy PRU-15.
Tengku Adnan telah membangkitkan perkara ini dan memberi penjelasan panjang lebar tetapi Zahid buat pekak badak.
Nampak sangat Zahid takut dengan Pak Long Mael sebab dia yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri.
Kalau Zahid berani sangat gantunglah gambar sendiri sebagai poster boy dalam PRN Melaka dan PRN Johor.
Rakyat dan orang UMNO tahu Zahid tidak layak untuk jadi Perdana Menteri. Merosakkan negara dan parti.
Comments
Post a Comment