PROVOKASI BUBAR SEKADAR PROVOKASI GEGAR
1. BARISAN NASIONAL menang besar di PRN Johor, TAHNIAH.
2. Namun begitu, agak mencuri perhatian apabila terdapatnya puak yang terpekik terlolong “BUBAR” sewaktu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Parti, Dato Seri Ismail Sabri berjalan masuk ke dewan.
3. Kita semua tahu apa makna pekikan tersebut. Ia adalah satu provokasi untuk menuntut Dato Seri Ismail Sabri (DSIS) membubarkan Parlimen sesegera mungkin bagi menjalankan PRU15.
4. Kemenangan besar BN di PRN sudah semestinya membuatkan puak ini menjadi angkuh, takbur dan sombong – kononnya BN sudah kembali berpaut di hati rakyat.
5. Siapa sebenarnya yang paling “beriya” dalam hal ini?
6. Jika kita perhati semula, semenjak awal lagi, PRN Johor dijadikan oleh Najib Razak untuk menjadi medan mengembalikan populariti beliau dalam arena politik.
7. Beliau berkempen seolah-olah beliaulah calon Menteri Besar Johor, malah dalam siri ceramah beliau di sepanjang kempen PRN, beliau tidak habis-habis membaca sirah beliau selaku Perdana Menteri dan meratib “jasa-jasa” beliau kepada rakyat.
8. Jika diperhatikan juga, Najib Razak tidak langsung memberikan kredit terhadap usaha-usaha DSIS yang telah banyak menaikkan semula jenama BN sebagai parti yang dipercayai di peringkat Persekutuan.
9. Tanpa segan silu, Najib Razak telah “mengkreditkan” diri beliau sendiri dengan menyatakan kemenangan BN di Johor adalah disebabkan rakyat rindukan beliau sebagai Perdana Menteri.
10. Malah, tocang beliau semakin meninggi bilamana secara terang-terangan Presiden Zahid mengumumkan bahawa Najib Razak adalah kunci kemenangan BN di Johor.
11. Dari penceritaan ini sahaja, kita sudah ambil maklum, dan kita juga boleh menilai dengan sendiri, AGAK-AGAKNYA, siapa sebenarnya PEMULA, PERENCANA dan PENCETUS kepada gerakan “BUBAR” ini.
12. Soalan cepumas -Siapa sebenarnya yang akan memperoleh keuntungan yang paling besar sekiranya Parlimen dibubar dan PRU15 diakan secepat mungkin?
13. Najib Razak sebenarnya sedang menggigil ketakutan. Kes beliau semakin lemah, dan beliau tahu yang beliau tidak akan mampu menang di Mahkamah.
14. Perjalanan dari Putrajaya ke Sungai Buloh dilihat semakin jelas, dan imej penjara itu semakin menghampiri benak pemikiran seorang insan bernama Najib Razak.
15. Provokasi BUBAR adalah provokasi yang sangat kurang ajar kerana dibuat sewaktu seluruh pasukan meraikan kemenangan di “basecamp”. Jelas, sudah ada perancangan awal untuk provokasi tersebut dibuat.
16. Siapa mereka ini? Adakah Lokman Adam dan konco-konconya? Atau geng Pemuda Wilayah? Wahai “Bangsa Najib”, jangan angkuh dan sombong. ‘Kebebasan’ ke hulu hilir Najib Razak jangan disalah guna.
17. Kemenangan besar di PRN Johor ni bukan bukti kukuh untuk claim ia adalah disebabkan oleh Najib’s Factor. Benar, BN menang 40 kerusi, tetapi bagaimana dengan undi popular? Bagaimana jika Pembangkang bergabung dan berlaku pertembungan 1 v 1.
18. Cukup kita analisis mudah di Puteri Wangsa. Seorang anak gadis yang tiada pengalaman politik LANGSUNG, masih boleh menang dengan majority selesa, apabila tiada calon PKR dan DAP di situ. Itu sekadar satu peringatan kepada seluruh warga BN, dan analisis ini pastinya akan dijadikan pengajaran besar buat barisan Pembangkang bagi merencana strategi PRU15 nanti.
19. Tambahan pula, peratusan keluar mengundi yang rendah (sekitar 55%), menunjukkan undian kepada BN hanyalah dari kalangan penyokong BN, bukannya dari pengundi atas bakar. Malah, kadar yang begitu rendah dari saluran orang muda walaupun Undi18 sudah dilaksanakan, adalah bukti orang muda telah memboikot PRN Johor dan ingin menunggu PRU15 nanti sebagai “medan perang” yang sebenar.
20. Kemenangan di Johor tidak sebaik kemenangan di Melaka. Ini hakikat.
21. Oleh itu, jangan terlalu angkuh. Bayangkan jika sewaktu BOSSKU berjalan, ada pekikan bercakap “PENYAMUN”, agak-agaknya macam mana?
Comments
Post a Comment