PRN JOHOR SATU PEMBAZIRAN


 

Barisan Nasional sekali lagi mencatat sejarah luar biasa kembali menakluk Johor dengan majoriti 2/3 kerusi setelah berakhirnya PRN Johor 12 Mac.
Kejayaan ini ternyata menepati jangkaan ramai penganalisis lebih-lebih lagi apabila peratus jumlah keluar mengundi hanyalah 54.92% sahaja.
Ramai pihak melahirkan rasa kecewa dengan peratusan keluar yang sangat sedikit, seolah-olah memberi gambaran bahawa Kerajaan yang dipilih bukanlah konsensus majoriti Bangsa Johor.
Datuk Hasni Mohammad ketika ditemui pemberita pada hari mengundi mengakui corak peratusan yang amat rendah ini akibat kebimbangan rakyat kepada penularan COVID19, di samping masalah kesihatan dlm kalangan pengundi warga emas. Sasaran beliau untuk 60-70 peratus keluar mengundi ternyata meleset.
Ada kewajaran rakyat untuk memilih tidak mengundi akibat ketidaksesuaian keadaan malah ada kalangan rakyat beranggapan, tindakan politikus menjalankan PRN mahupun PRU pada ketika rakyat baru hendak bangkit dari 'serangan bencana' bertubi-tubi adalah langkah 'selfish' politikus!
Jika dibandingkan secara peratusan, PRN Melaka sekitar 65%, di Sarawak pula hanya 61% dan di Johor lebih mengecewakan, sekadar 54.92%. Trend yang semakin menurun ini seakan menzahirkan 'fatigue' dalam kalangan rakyat untuk melayan kerenah sebahagian ahli politik ini.
Trend ini bukan Malaysia sahaja alami, di Jepun 2021 pun hanya sekitar 56% sahaja rakyatnya turun mengundi kerana sebab yang hampir serupa; bimbang COVID19 dan protes terhadap politikus. Di Filipina dan Nepal, dijangka memilih sekitar Mei & Jun tahun ini, turut sepi dan tidak mendapat sokongan rakyat ketika kempen mula dijalankan.
Oleh sebab itulah, kepada DS Ahmad Zahid, DS Tok Mat dan DS Najib Razak perlu meneliti sedalam-dalamnya desakan utk membubarkan Parlimen bagi PRU15 dilaksanakan dlm masa terdekat ini.
Janganlah Presiden UMNO, Timbalannya serta Mantannya, mengambil kesempatan atas 'rasa takut' rakyat dan 'rasa penat' rakyat demi kepentingan kalian sahaja.
Kita tidak mahu lagi para marhaen memandang sepi hak demokrasi mereka akibat terkinja dan gelojohnya sang politikus 'menunggang' susah rakyat semata-mata. Akhirnya di mata marhaen, pentas demokrasi memang pembaziran dan syok sendiri!
Cukuplah dahulu, beri ruang bertenang kepada semua dan tawaduklah dengan kemenangan! Percayalah, mengadakan PRU 15 tergesa-gesa hanya merugikan negara.

Comments

Popular posts from this blog

PKR - BERSATU BERBALAH EJEN MOSSAD, BN KEKAL EJEN RAKYAT

ELOK BN BOLEH MENANG BESAR, DISEBABKAN BUAT PRU WAKTU BANJIR TERUS DIHUKUM RAKYAT

ZAHID & TOK MAT PERLU LETAK JAWATAN