NAJIB DAN ZAHID LIABILITI BN UNTUK HADAPI PRU 15
Jangan terlalu selesa dengan bayangan kemenangan PRN Johor. Menang memang boleh menang di PRN Johor.
Persoalan besarnya adakah gandingan Najib - Zahid boleh menangkan BN di PRU-15?
Menonjolkan Najib dan Zahid sebagai poster boy BN hanya akan membuka ruang seluas-luasnya untuk musuh BN melancarkan serangan kepada BN seperti sebelum PRU-14.
BN pasca PRU-14 adalah BN berwajah baru. Pemimpin BN seperti Dato Hasni yang belum pernah dikenali di peringkat nasional kini sudah dikenali ketokohannya.
Dato Ismail Sabri yang dahulu memikul tanggungjawab besar sebagai Ketua Pembangkang sudahpun menjadi Perdana Menteri dari BN.
Sentimen pengundi amat positif terhadap kedua pemimpin ini. Hasni di peringkat Johor. Ismail Sabri pula di peringkat nasional.
Tak salah bekas pemimpin BN mahu menabur bakti dengan berkempen di PRN Johor. Tetapi di peringkat jentera di lapangan kita tahu kesannya kepada undi BN.
Jika datang ke PRN Johor untuk bergambar dan memuatnaik video ke dalam media sosial, itu bukan penyelesaian jangka panjang untuk undi BN.
Kita mahu sokongan pengundi atas pagar. Kita bukan lagi mahu bersorak sorai dengan pengundi dan penyokong setia kita.
Pengundi atas pagar ini ada kecenderungan untuk lebih jauh dari BN sekiranya pemimpin seperti Najib - Zahid dijadikan poster boy untuk BN.
Pahit ditelan namun itulah hakikatnya.
Isu poster boy ini bukan isu remeh. Ini isu utama yang harus diselesaikan segera selepas PRN Johor.
Desakan untuk segerakan PRU-15 tanpa menyelesaikan isu poster boy adalah umpama seruan pergi berperang tetapi tidak ada panglima perangnya.
Sekian.
Comments
Post a Comment