MEMAHAMI PLOT POLITIK NAJIB - ZAHID. KE MANA HALATUJU ISMAIL SABRI?
Jawapan mudahnya adalah Ismail Sabri tidak akan ke mana-mana.
Beliau akan kekal menjadi pemimpin negara yang diterima rakyat. Bukan sahaja diterima rakyat malah beliau mendapat sokongan majoriti tertinggi di dalam Dewan Rakyat.
Satu kejayaan besar nak dibandingkan dengan semua pemimpin UMNO yang lain. Tetapi kejayaan beliau adakalanya tak disambut dengan sokongan sorak melambung tinggi. Lebih memedihkan apabila yang menanam ranjau bukanlah pihak lawan, sebaliknya sudah ada gerakan terbuka oleh rakan politik beliau sendiri kerana hasad dengki.
Dalam politik ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Ditambah lagi dengan segala macam masalah peribadi yang dialami oleh pemimpin tertentu. Sifirnya mudah, jika Ismail Sabri tak ditumbangkan dari jawatan Perdana Menteri maka merekalah yang bakal menimpa bahana beban disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri.
Satu demi satu plot politik makar disusun. Dari pembubaran DUN Melaka, DUN Johor dan kini kemuncaknya adalah untuk membubarkan Dewan Rakyat. Grand design yang sudahpun dibaca bukan sahaja oleh pemerhati politik malah oleh rakyat terbanyak juga.
Sudah cukup tempoh Ismail Sabri bagi mereka. 16hb Mac ini akan ada satu gerakan dari dalam Perhimpunan Agung UMNO untuk mendesak membubarkan Parlimen kepada Ismail Sabri. Bubar! Bubar! Bubar!
Petunjuk di Command Center BN di PRN Johor dengan sambutan tempik oleh beberapa individu upahan untuk bubar parlimen sudah dilakukan. Bukanlah kita marah kepada mereka yang terpekik terlolong itu. Cuma ini bagi mesej jelas bahawa adab dalam berpolitik sudah tidak ada. Begitu sekali berkehendakkan kuasa hingga diupah orang untuk menyambut PM demikian rupa.
Desakan bubar Parlimen akan terus bergema. Apa yang bakal dilakukan oleh Ismail Sabri?
Jika disanggah kehendak Perhimpunan Agung UMNO maka itulah yang dikehendaki musuh politik. Ismail Sabri sudah tidak mahu lagi mendengar suara akar umbi. Bukan sekadar akan di-boo, malah surat pemecatan pun mungkin sudah tersedia.
Jika diturutkan bubar Parlimen maka bersorak juga pencatur dibelakang gerakan untuk menjatuhkan Ismail Sabri dari tampuk jawatan Perdana Menteri.
Jangan gundah gulana dan susah hati.
Tenanglah wahai semua penyokong yang berhati mulia yang kekal setia menyokong Ismail Sabri.
Demikianlah halnya pencak politik diperlakukan kepada insan yang baik hatinya.
Sebaiknya, kami mencadangkan agar Dato Seri Ismail Sabri kekal dalam mendengar suara akar umbi UMNO dalam PAU. Biarpun semuanya telah disusun oleh orang tertentu.
Nak bubar Parlimen segera?
Jika itulah kehendak parti.
Maka, Ismail Sabri sedia untuk membawa usul di Parlimen memohon sokongan semua Ahli Dewam Rakyat sama ada untuk membubarkan Parlimen segera atau meneruskan hingga tamat penggal 2023.
Ini adalah langkah politik yang bertanggungjawab.
Barang diingat, Ismail Sabri mengangkat sumpah dihadapan DYMM YDP Agong untuk jawatan Perdana Menteri bukan hanya dengan sokongan Ahli Parlimen UMNO sahaja. Ismail Sabri mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.
Sebaiknya, dibuat undi di dalam Dewan Rakyat. Jika majoriti mahu Ismail Sabri membubarkan Parlimen segera untuk beri laluan PRU ke 15, maka bubarlah.
Jika majoriti Ahli Parlimen mahu Ismail Sabri kekal sebagai Perdana Menteri hingga habis tempoh penggal ke tahun 2023, maka beliau wajar teruskan khidmat beliau demi negara.
Itu sahaja, sampai nak terpekik terlolong buat apa?
Tenang tenang sahaja.
Sekian.
Comments
Post a Comment