KETUA PUTERI UMNO BIADAP DENGAN PERDANA MENTERI
Belum pernah lagi dalam sejarah Ketua Puteri UMNO Malaysia biadap begitu sekali. Kalaupun berbeza pandangan dengan pemimpin tertinggi UMNO. Janganlah sampai tunjuk sikap biadap kamu tu.
Waktu Perdana Menteri masuk semua perwakilan boleh berdiri. Ketua Puteri boleh duduk buat muka selamba seolah-olah mahu tunjuk keras kepala di hadapan perwakilan puteri dan media. Apa hasrat yang mahu ditonjolkan Zahida?
Tindakan tersebut tak mendatangkan malu kepada PM pun. Ia sekadar menunjukkan ego dan betapa lemahnya kamu sebagai KETUA kepada Puteri, tetapi tidak dapat mencapai kata sepakat kepada NAIB PRESIDEN untuk meredakan sebarang isu, yang pastinya bukan isu peribadi. Tidak pernah timbul sekelumit perbincangan di antara kamu dan Naib Presiden berkenaan sebarang dasar atau hala tuju parti selama ini, mengapa tiba-tiba sengaja mempamerkan provokasi seperti budak sekolah?
Walhal seluruh perwakilan boleh berdiri untuk tunjukkan rasa hormat pada Perdana Menteri.
Kalau begitu sikap kamu yang pada asas adab pun tidak boleh ditunjukkan. Lebih baik lepaskan jawatan kamu. Tindakan menunjukkan bebal dan angkuh hanya memberi persepsi buruk kepada UMNO! Perhimpunan ini untuk buktikan UMNO stabil dan bersedia untuk pimpin negara dengan landasan perubahan terbaik yang sudah UMNO kecapi. Bukan pentas drama untuk pelajar sekolah menengah!
Angkuh!
Comments
Post a Comment